Masjid ini dibina untuk kemudahan kakitangan Perodua serta untuk penduduk sekitar. Sejumlah 8.86 ekar keluasan tanah diperuntukkan untuk pembinaan masjid ini serta segala kemudahannya. Antara fasiliti yang ada di masjid ini termasuk bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, kawasan khas sembelihan korban serta Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Perodua.
Masjid Perodua Di Rawang Telah Dirasmikan Oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj menandatangani plaque merasmikan Masjid Perodua, disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Berkategorikan masjid pengurusan, masjid ini menawarkan pelbagai kemudahan bagi kakitangan Perodua serta kepada para penduduk sekitarnya. Antara fasiliti yang tersedia di masjid ini adalah bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, dan kawasan khas untuk ibadah sembelihan korban serta sebuah Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Perodua (PCDC). Perodua telah memperuntukkan kira-kira 8.86 ekar atau 38,850 meter persegi untuk pembinaan masjid ini dan kemudahannya untuk kegunaan kakitangan Perodua dan masyarakat setempat. Kompleks masjid ini dibahagikan kepada empat bahagian; bangunan utamanya yang berkeluasan 3,567 meter persegi.