Majlis Pecah Tanah Dirasmikan oleh Presiden Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh

Majlis Pecah Tanah Masjid dan Pusat Jagaan Kanak Kanak Perodua Serendah

Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pihak Perodua untuk menerajui projek pembinaan Masjid dan Pusat Penjagaan & Perkembangan Kanak – Kanak Perodua sebagai kontraktor utama.

Gambar Perspektif Masjid Perodua Serendah

Objektif utama pembinaan Masjid ini adalah untuk memberi kemudahan dan bakal dimanfaatkan kepada kakitangan Perodua serta untuk kegunaan masyarakat setempat dalam memenuhi kewajipan agama. Di samping itu, Pusat Penjagaan harian kanak – kanak ini juga di buka khusus untuk anak – anak kakitangan Perodua di antara usia bayi hingga 12 tahun dengan kemampuan untuk menampung 300 kanak – kanak.

Kos Pembinaan Masjid dan Pusat Penjagaan Harian Kanak – kanak ini mencecah RM 20 Juta, dengan keluasan 4 ekar untuk pembinaan Masjid dan 2.7 ekar bagi pembinaan Pusat Jagaan dan di jangka siap pada 2015.

Gambar Perspektif Masjid Perodua Serendah

Sebuah Majlis Pecah Tanah telah diadakan di tapak projek Rawang atas anjuran Pihak Perodua dengan sokongan Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd pada 1 Oktober 2014. Majlis Pecah Tanah ini telah dirasmikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh. Turut hadir pada acara tersebut, Presiden Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd, Dato’ Adi Munawar Hj Md Din, sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak Perodua dalam melaksanakan projek pembinaan Masjid dan Pusat Jagaan Kanak – kanak tersebut.

Gambar Perspektif Pusat Penjagaan Kanak Kanak Perodua Serendah